Salam Rasulullah kepada Allah SWT
Hasil Bengkel Solat & Selawat bersama Ustaz Don Daniyal Bin Don Biyajid, sewaktu peristiwa Mikraj (perjalanan langit), Rasulullah telah bertemu dengan Allah SWT dan terdiam kerana tidak berpengetahuan untuk memberi salam kepada Tuhannya. Maka, Allah mengajarkan bacaan yang terkandung dalam bacaan Tahiyat Akhir (Rukun Solat Ke-10 dan Ke-11) oleh semua orang Islam. Ketahuilah bahawa syariat memberi salam adalah dari Allah dan tidaklah kita memberi salam kembali kepadanya kepada sebagaimana kita memberi salam sesama makhluk. Pelajari dan fahami bacaan tahiyat akhir ini agar kita menghargai solat yang kita kerjakan setiap hari.
# Bacaan cukup sekadar untuk sah bacaan tahiyat akhir dan selawat
Berikut adalah perkongsian baik daripada http://theotherkhairul.blogspot.com yang telah disunting untuk kemudahan kita bersama dalam menghayati makna dalam bacaan solat kita.
***
TAHIYAT AKHIR
Bacaan dalam Jawi:
Bacaan dalam Rumi:
Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah.
Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh
Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin
Asyhadu allaa ilaaha illallaah
Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah
Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad wa ‘ala aalihi Saidina Muhammad (#)
kamaa sholaita ‘ala saidina Ibrahiim wa ‘ala aalihi saidina Ibrahiim,
wa baarik ‘ala saidina Muhammad wa ‘ala aalihi saidina Muhammad,
kamaa baarakta ‘ala saidina Ibrahiim wa ‘ala aalihi saidina Ibrahiim,
fil alamina innaka hamiidum majiid.”

Makna / Terjemahan:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. (#)
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya
sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. (#)
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya
sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
# Bacaan cukup sekadar untuk sah bacaan tahiyat akhir dan selawat
***
Sedar atau tidak, sebenarnya kita kurang mengetahui apatah lagi memahami apa yang di baca dan dikerjakan sewaktu kita solat. Tidak hairanlah solat yang dikerjakan selama bertahun-tahun sekalipun, tidak mampu untuk mengubah diri dan menjadi insan yang lebih baik dan hebat. Sempena Isra' dan Mikraj yang diperingati setiap tahun, bersamalah kita mengetahui peristiwa pengsyariatan solat kepada semua orang Islam bukan sebagai bebanan tetapi kebaikan manusia di dunia yang fana dan sementara ini.
Ingatlah bahawa hidup ini adalah untuk mendapat keredhaan Allah SWT dan amalan pertama yang disoal kelak di akhirat adalah Solat yang kita kerjakan. Rugilah bagi orang-orang yang menganggap solatnya telah sempurna kerana bertahun-tahun mengerjakannya. Wallahualam.

Comments
Post a Comment